Ia mengisahkan kehidupan
seorang perajurit iaitu
Kanang anak Langkau. Kanang berbangsa Iban dan beragama pagan. Dia
dilahirkan di Karangan Manok Nanga Meluan
di Sarawak. Ketika kecil
ibu bapanya berpisah dan dia
telah dihalau dari rumah kerana terlalu
nakal. Kemudian dia dipelihara oleh datuk dan
neneknya.
Kanang
bersekolah hingga darjah tiga di
sekolah Local Autority. Selepas itu dia
melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh
getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu
penambang yang berenjin. Pada 1962 dia Berjaya dalam temuduga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker.
Kanang
berkahwin dengan Helen Latai
anak Intie dan dikurniakan
6 orang anak.
Kanang meneruskan khidmatnya dengan rejimen Ranger dan
seterusnya dilantik sebagai eskot. Pada
1966 pangkatnya ialah Lans Kopral.
Pada 1973 dia
berpindah ke Kem Terendak Melaka dan
berkhidmat dalam Bataloin
ke lapan rejimen
renjer. Di sana
dia menjadi ketua seksyen.
Ketika
menyertai Gerakan setia 8/79 di
hutan Korbu di Perak dia
telah
mendapat kecederaan parah ketika bertempur
dengan tentera komunis. Akibatnya dia tidak
sedarkan diri dan
dimasukkan ke hospital. Dia terlantar
di wad hospital
selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa dia
tidak akan hidup
lama tetapi umurnya masih panjang. Pada 1980 Kanang dianugerahkan pingat Panglima
Gagah Berani sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya menentang pengganas komunis. Pada 1981 dia dikurniakan
bintang keberanian Seri Pahlawan
Gagah Perkasa.
Kanang
meneruskan khidmatnya sebagai jurulatih di sekolah
tempur Pegawai Muda. Setelah
itu dia dinaikkan
pangkat kepada Staf Sarjan
dan seterusnya menjadi Kuartermaster Sarjan. Pada 1982
dia dilantik sebagai
Pegawai Waran II dan Pegawai
Waran I pada 1985.
Kanang bersara pada tahun
1986. Selepas bersara dia dianugerahkan Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.
Pengarang : Maznan
Noordin
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Subjek : Sejarah
Penerbit : Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh terbitan : 1987,
2010
Bil. muka surat : 121
No comments:
Post a Comment