Dalam
masa 5 tahun akan datang, saya melihat diri saya sebagai seorang usahawan yang
Berjaya. Hal ini kerana, saya mempunyai impian dan harapan untuk melebarkan
perniagaan sedia ada saya sekarang iaitu perniagaan menjual kertas dinding
kediaman dalam talian. Mungkin 5 tahun akan datang, saya sudah berjaya memiliki
sebuah premis bagi memudahkan urusan penyimpanan stok barang dan urusan jual
beli. Jika perniagaan saya ini berkembang
dengan maju, saya
berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan
kepada belia-belia diluar sana khususnya pelajar universiti yang ingin menjana pendapatan.
Saya juga merancang
untuk membuka beberapa
cawangan di beberapa bandar besar
serta di luar
negara bagi mengembangkan
lagi perniagaan saya
itu nanti.
No comments:
Post a Comment