Peristiwa
serangan 11 September 2001 ke
atas Amerika Syarikat (AS) telah meninggalkan
kesan mendalam kepada seluruh penduduk dunia. Malaysia tidak menafikan
bahawa terdapat banyak ketidakadilan di dunia
dan hal ini
perlu diperbetulkan. Walau bagaimanapun,
usaha yang dilaksanakan
hendaklah melalui tindakan yang tidak menjadikan orang yang
tidak bersalah sebagai mangsa. Dunia harus
sensitive dan memberikan
perhatian kepada ketidakadilan
dan penindasan yang berlaku.
Keganasan tidak mungkin
dihapuskan dengan hanya memburu dan membunuh pengganas.
Contohnya, kerakusan AS dengan
agendanya tersendiri terhadap Iraq telah
menyemarakkan lagi sentiment
dunia Islam. Bagi
yang ekstrem di dunia
Islam, salah satu
dorongan utama untuk
mengganas adalah sebagai respons kepada tindak-tanduk Israel menyerang
rakyat
Palestin. Malaysia berpendapat bahawa selagi
sempadan Israel tidak
ditentukan dan wilayah
Palestin yang dirampas
oleh Israel tidak dikembalikan, selagi hasrat Palestin
untuk menubuhkan negaranya sendiri tidak kesampaian,
keganasan tidak mungkin luput.
No comments:
Post a Comment