Mutakhir
ini, kita sering
dikejutkan dengan isu
kenaikan harga barangan
dan kekurangan bekalan
makanan di pasaran. Isu-isu tersebut seakan-akan tidak pernah hilang dari bibir
masyarakat, bak kata
pepatah, tak tumbuh
tak melata, tak sungguh orang tak
kata. Selari dengan
kegawatan ekonomi, masalah kenaikan harga barangan
dan kekurangan bekalan makanan di pasaran bukan sahaja merunsingkan masyarakat malahan membebankan rakyat jelata.
Bayangkan betapa susahnya kehidupan rakyat apabila dihimpit dua masalah
serentak. Walau bagaimanapun, pelbagai mekanisme dapat diaplikasikan
untuk menangani permasalahan ini
daripada terus menjadi
beban terhadap rakyat.
No comments:
Post a Comment