Kemahiran
insaniah umumnya ditafsirkan sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik dengan diri sendiri
dan orang lain, iaitu apa yang
dikatakan sebagai kemahiran intrapersonal dan kemahiran
interpersonal. Kemahiran insaniah pada pandangan beberapa sarjana juga disebut
sebagai people skills, soft skills
dan emotional intelligence. Kesemuanya membawa maksud yang
serupa, iaitu kebolehan
seseorang menguasai kemahiran dalam membina hubungan dengan diri sendiri
dan membina hubungan dengan persekitaran,
khususnya melalui aktiviti komunikasi. Elemen kemahiran insaniah yang perlu
ada kepada seseorang
individu adalah unsur-unsur
yang ada dalam kemahiran intrapersonal
dan kemahiran interpersonal. Kemahiran insaniah juga
merujuk kepada sikap atau
kekuatan dalaman pada diri individu untuk berinteraksi
dan kemahiran yang melibatkan interaksi sosial dalam
masyarakat. Secara keseluruhannya, ia menjurus
kepada kemahiran berkomunikasi.
No comments:
Post a Comment