Pengenalan :
Nilai-nilai
murni merupakan amalan baik
yang perlu ada
pada setiap orang supaya
segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma
sosial yang dikehendaki
dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini
dapat
melahirkan insan yang unggul dan utopia
demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan
Moral dan Pendidikan Islam telah
diajar di sekolah-sekolah
untuk membentuk generasi muda yang sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
mereka. Selain itu,
ibu bapa juga perlu
memainkan peranan penting untuk memastikan
wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
mereka.
Melahirkan insan
yang berakhlak mulia
Nilai-nilai
murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan
insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya
berakhlak mulia amat
dituntut dari sudut
budaya, peradaban dan agama
kita. Amalan nilai-nilai
murni dapat membentuk insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Kini, bilangan
pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika
tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak
di bangku sekolah
lagi maka mereka akan
menjadi generasi yang akan merugikan
negara pada masa
kelak. Hal ini
kerana, nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni
di Malaysia.
Jelaslah bahawa nilai murni
adalah amat penting
dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia demi mencapai
keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia.
Membentuk masyarakat
yang berpegang teguh
kepada ajaran agama
Selain
itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam
kehidupan adalah untuk membentuk
masyarakat yang berpegang
teguh kepada ajaran
agama. Kepatuhan kepada agama
dapat membentuk insan mulia
yang sentiasa patuh kepada
Tuhan dan setia kepada
negara. Oleh itu, ibu bapa perlu
menerapkan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam doktrin
agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak.
Tambahan pula, nilai-nilai murni yang
berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Sudah terang lagi
bersuluh, maka jelaslah bahawa nilai-nilai murni
juga akan membentuk
masyarakat yang alim
dan berpegang teguh
kepada ajaran agama.
Dapat
mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar
Di
peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang
diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak
dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan
manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek
Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah
bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini
demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan
berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Disini jelaslah bahawa diperingkat sekolah juga mempunyai peranan penting bagi
memberikan didikan moral dan nilai murni untuk mengelakan pelajar daripada
terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah.
Guru-guru dan
keadaan sekolah yang kondusif
Guru-guru
dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan
nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan
pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang
kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh
menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang
kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para
pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka.
Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang
memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka. Jelaslah bahawa guru-guru dan
keadaan sekolah yang kondusif juga boleh membantu para pelajar mewujudkan nilai
murni dalam diri mereka.
Sikap ibu bapa
yang tidak mengambil berat terhadap anak-anak
Tidak
dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan
mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap
kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda
merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin
berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa
mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai
murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada
anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu
bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah
keluarga yang harmoni.
Kesimpulan :
Kesimpulannya,
Amalan nilai murni amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang
disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang merah itu saga,
yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok itu budi’, demikianlah
ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dan amalan nilai murni
dalam kehidupan masyarakat kita. Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi
bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis
ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak
wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing
perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri
setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap
jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Sebagai
hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.